Gambaran
Hari
Qiamat..........................................(baca hingga akhir ayat)
✐ Selepas
Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua
makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari
ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran
& keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,
seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk
hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah)
yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu
kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib &
masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah
api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba
langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian
matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh
bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu
telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang
hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau
oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.
✐
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang
adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia
menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg
bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki
yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana
takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa
a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah
baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat
hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah
arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya
sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah
jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4
batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama
istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi
iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak
dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana
takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah
ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad
SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang
mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk
akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya
untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada
orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar
dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan
manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan
manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat
ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan
rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat
kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari
mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah
berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan
sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya
neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan
ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin
Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik,
5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada
yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat
berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000
orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999
orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin
karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka
Nasional Singapura 2004.
☞ Jika
sekiranya ANDA ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada
sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal
jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.